Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 selepas bacaan kali ketiga.
Usul itu dibentang Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali untuk bacaan kali pertama dan kedua.